Friday 27 May 2011

ISTERI TERSEKSA PASANGAN SUAMI SEORANG PENAGIH!!

Isteri yang sedang mengapai kesabaran, puan di dunia ini tidak kurang 200 juta orang yang hidup dalam kekecewaan disebabkan pelbagai masalah. Maka anda adalah salah seorang dari mereka yang sedang di ambang kekecewaan.

Rasa kecewa akan mendorong orang hilang keyakinan terhadap hidup di hari esok. Oleh itu ,jika anda berazam membantunya banyaklah bertanya pada diri kemungkinan terburuk yang akan terjadi jika anda terus bersamanya atau berpisah dengannya. Adakah dia masih dapat di selamatkan atau akan bertambah teruk.

Apa akan terjadi jika anda tinggalkan dia, adakah akan ada orang membantunya. selepas menjawab soalan itu, persiapkan diri untuk menerima dan menghadapi situasi ini kemudian hadapilah cabaran itu dengan tenang untuk menjadikan kemungkinan terburuk itu menjadi lebih baik.

Anda harus benar-benar memegang pesanan Rasulullah SAW; "ketahuilah bahawa kemenangan akan datang bersama kesabaran, jalan keluar datang bersama kesulitan, dan kemudahan akan bersama kesulitan" dan dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman "Aku sesuai dengan sangkaan hambaKu, maka ia bebas berprasangka kepada Ku, maka Aku sesuai dengan apa yang dia mahu". Anda harus banyak membangunkan keyakinan berasa dekat dengan Allah sehingga semua hajat dan permohonan di dengar oleh Allah dan kabulkan.

Bersihkan diri daripada buruk sangka dan banyak munajat dengan Allah dan bersihkan hidup anda daripada menderhaka kepada Allah dan Rasul. Berbuat baik dengan ibu bapa dan lakukan semua yang di suruh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang. Sehingga anda berasa dicintai dan mencintai Allah lebih dari yang lain-lain kerana tidak ada kuasa lain dapat mengubah hati manusia selain Allah.

Mohon dan pujuk suami melakukan perintah Allah dan jauhi dadah kerana Allah. Sebab dadah dilarang Allah jika dia mampu dan mahu mentaati perintah Allah maka jalan menuju kesembuhan lebih dekat , tapi jika dia banyak melawan Allah, maka doa anda sukar diangkat Allah kerana suami tidak memohon yang sama. Ingatlah Allah melihat apa yang kita lakukan dan Allah tidak pernah kejam dengan semua hambanya.

Allah juga menerima taubat semua hambanya yang mahu kembali kepadaNya. Oleh itu bantu dia untuk mengubah cara hidup. Jika tidak, sukar melihat kejayaan daripada segala usaha anda. Terus berusaha dan terus beribadah dan bina keyakinan bahawa tidak ada yang mustahil dalam hidup, semuanya mudah bagi Allah melakukannya. Selamat berusaha.

1 comment:

Blogger said...

If you would like an alternative to casually flirting with girls and trying to figure out the right thing to do...

If you'd prefer to have women chase YOU, instead of spending your nights prowling around in filthy bars and restaurants...

Then I urge you to view this short video to find out a strange little secret that has the potential to get you your personal harem of beautiful women just 24 hours from now:

Facebook Seduction System!!!

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com