Monday 27 June 2011

BAKAL PENGANTIN BARU DITAHAN MILIKI DADAH!!


Seorang bakal pengantin didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah pada April lalu.

K. Thivagaharan, 26, yang merupakan seorang pembantu pejabat mengaku memiliki 10 peket plastik berisi methamphetamine seberat 4.43 gram di tandas wad, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur pada pukul 8.15 malam, 12 April lalu.

Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh memberitahu bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan pada Julai ini di samping mempunyai penyakit amnesia dan ketika ditangkap, dia berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3)akta sama yang membawa kepada hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan M. Rajan di hadapan Majistret Nor Azah Kasran. - Utusan



No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com