Thursday 28 April 2011

AYUH!! KITA CANTAS 'MUSUH' NEGARA!!

Apabila membicarakan tentang dadah, kita janganlah berpura-pura dan tidak mengakui hakikat sebenarnya di negara kita ini pengguna dadah lebih ramai dari penagih dadah.Walaupun tiada petunjuk angka yang tepat, namun keadaan ini sebenarnya telah lama bergelumang di sekeliling kita sejak zaman dahulu lagi. Petunjuk angka yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hanya melibatkan jumlah yang dikategorikan sebagai penagih dadah sahaja. Penagih dadah diistilahkan sebagai pengguna dadah yang sudah sampai ke tahap gian dan jika tidak dapat dadah dalam sehari, akan meranalah badan mereka seperti menggigil dan tidak ketentuan arah. Mereka ini sudah seperti mayat hidup sehinggakan 28 pusat serenti di seluruh negara masih tidak cukup untuk menempatkan penagih ini. TETAPI JANGAN TERKEJUT.. TERDAPAT JUGA GOLONGAN PROFESIONAL, BEKERJAYA DAN TERPELAJAR MENGGUNAKAN DADAH SEBAGAI SALAH 1 TENAGA DALAM MENJALANJI RUTIN SEHARIAN MEREKA.




Pengguna dadah pula adalah mereka yang mengambil dadah untuk tujuan berseronok, menghilangkan kebosanan, kerunsingan dan bersosial bersama rakan-rakan. Pengguna Dadah juga melibatkan Golongan2 Profesional, bekerjaya dan terpelajar yang menggunakan najis ini bagi melengkapkan prestasi kerjaya dan bidang masing2. Namun, golongan ini tidak sampai ke tahap menagih dan gian tetapi sekadar untuk bersosial. Jika ada bekalan mereka mengambillah dadah, jika tiada, tidak menjadi masalah kepada mereka kerana belum sampai ke tahap menagih.

Golongan pengguna dadah inilah yang ramai di dalam masyarakat kita hari ini. Penampilan gaya dan fizikal mereka tidaklah seperti yang selalu digambarkan oleh media dan pameran anti dadah tentang gelagat penagih dadah. Jika penagih mudah sahaja kita kenali dengan penampilan pakaian yang tidak terurus, gaya lalok dan tutur kata yang melalut. Golongan pengguna dadah pula gaya penampilan sama seperti orang biasa yang sukar untuk dikenalpasti mereka ini sebenarnya mengguna dadah.

Pengguna dadah meliputi semua golongan masyarakat. Daripada penuntut sekolah, pelajar IPTA/IPTS, pekerja swasta, kakitangan kerajaan, petani, guru, golongan profesional, ahli perniagaan, polis, tentera malah ahli politik pun ada. Sudah tentu golongan seperti ini tidak termasuk di dalam rekod AADK yang baru-baru ini mengeluarkan laporan terdapat 283,000 penagih di seluruh negara.

Golongan seperti ini sememangnya mengetahui dadah itu membahayakan diri. Kebanyakan mereka mengambil dadah hanyalah untuk bersuka-suka dan bersosial dengan rakan-rakan. Golongan seperti inilah yang sebenarnya perlu dibimbangkan kerana potensi untuk terjerumus ke kategori penagih begitu besar dan mudah sekali.

Memang sukar untuk mengesan pengguna dadah ini kerana mereka mengambilnya bukan setiap hari. Bagi orang muda mungkin semasa bersuka ria di hujung minggu. Bagi golongan pertengahan umur dan tua pula mungkin semasa berkumpul bersama-sama rakan-rakan yang sealiran dengan mereka. Sukar untuk mengenali golongan seperti ini. Mungkin rakan sekerja kita di meja sebelah, mungkin suami atau isteri kita, malah anak kita sendiri tergolong dalam kelompok pengguna dadah.

Kebanyakan golongan pengguna dadah terhormat ini mengambil dadah jenis ganja dan dadah sintetik. Langkah dan strategi baru perlulah diperhebatkan untuk membasmi gejala penyalahgunaan dadah di dalam masyarakat. Namun begitu bukan mudah untuk memberkas golongan pengguna dadah ini jika hendak dibandingkan dengan golongan penagih dadah. Sebab utamanya mereka bukannya mengambil dadah setiap hari.

Contoh yang jelas golongan profesional dan berjaya di dalam karier mereka yang menggunakan dadah jenis ganja. Mereka ini ada yang berpengaruh, terkenal malah "public figure". Kebanyakannya mengambil ganja sejak mereka menuntut di universiti lagi. Golongan ini dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Mereka sanggup mengadakan "tabung khas" sesama mereka untuk menyewa kondominium mewah sebagai tempat "lepak" untuk berkumpul bersama-sama untuk menghisap ganja. Hubungan dan rangkaian pembekal dadah mereka juga tidak kurang hebatnya. Ke mana sahaja mereka berada di Malaysia ini, ada sahaja pembekal yang akan membekalkan ganja "door to door service", sehinggakan ke pintu bilik hotel jika mereka bertugas di luar kawasan.

Pengguna dadah seperti ini memang licik dan sukar untuk dikenali. Tanpa mengetahui peribadi mereka, sukar untuk kita mengenalpasti mereka ini menyalahgunakan dadah. Walaupun mereka tidak di kategorikan sebagai penagih dadah kerana menambil dadah apabila perlu sahaja, golongan seperti inilah yang akan berterusan merosakkan masyarakat kita.

Justeru itu, bukan kerja mudah sebenarnya untuk membenteras dadah 100 peratus. Penyalahgunaan dadah ini adalah penyakit sosial yang sama tua dengan pelacuran di dunia ini. Seluruh dunia menghadapi masalah dadah. Agak mustahil jika kerajaan hendak mengisytiharkan Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2015 seperti hasrat AADK. Sebabnya selagi ada ladang ganja, bunga poppi dan makmal dadah, selagi itulah ada pembekalnya. Selagi ada penggunanya, selagi itulah ada penjualnya. Pendekatan kerohanian dan muhasabah diri dilihat salah 1 cara efektif bagi menyedarkan golongan2 sebegini. Akan tetapi, sejauhmana masyarakat begitu berminat untuk berhadapan dengan masalah ini?


4 comments:

Anonymous said...

Cuba fikirkan sejenak....Apa pula kebaikan dadah?[ganja].Kenapa & mengapa ianya diharamkan & diketagorikan sebagai dadah?..sedangkan ianya diakui ada kebaikanya!!!.Salah satu contoh bahan perangsang otak kanan/bahan anti kanker.Saya setuju sekiranya "disalahguna" akan memudaratkan,sekiranya "dibetulgunakan" maka kehebatanya terserlah.Saya setuju juga ianya telah digunakan ribuan tahun!!!sehinggakan mencatatkan sejarah yg tersendiri dan jangan lupa di U.S sudah ada ura2 ganja in akan dihalalkan.Saya percaya para profesional diluar sana "membetulgunakan" ganja.Kalau tidak lambat laun pasti terserlah icon "mat fit".....setuju?????

Anonymous said...

Sekiranya kita ini tergolong di dalam kategori manusia yang bijak adalah baik sekiranya kepandaian tersebut membawa kebaikan tanpa mengelirukan manusia yang lain..dadah tetap dadah..haram tetap haram..bahaya tetap bahaya..mudarat tetap mudarat..justeru itu kita harus mencegah perkara-perkara yang membawa kepada kemusnahan diri kita dan masyarakat sekeliling..bila ketagihan tidak dapat dikawal..kemusnahan diri yang terus melarat..

Anonymous said...

Pemadam ni kena lebih dinamik di dalam misi untuk mencegah gejala ini..saya tabik sungguh pemadamwangsamaju yang membuka dimensi baru untuk kita berkongsi pengalaman atau idea untuk sama-sama mewujudkan genenasi yang lebih berhemah dan yang paling penting ialah menghargai dan menyanyangi diri sendiri dan bersyukur ke atas kelebihan yang tuhan berikan kepada kita pada hari ini..dan membantu kawan-kawan kita yang sudah tergelincir, insyaallah.

Anonymous said...

terus trang wa cakap,
wa da lama berenti ganja <> 10tahun. masa muda dulu wa heavy. tp bagi wa ganja bukan dadah. lebih kepada daun/ tumbuh2han yang boleh melalaikan urusan harian. cuma mcm anon thursday catat, ia kalau boleh di'baikgunakan' boleh dijadikan sumber penambahbaikkan kalau penggunaan terkawal. pelikkan? tp wa lulus exampun pasal kosentrasi dari ganja. boleh tahan cemerlang gak. cuma stlh berfamily dan berumur ni terus berhenti coz nampak odd skit coz org hisap ganja ni tak suka bergaul dgn orang. hanya kelompok diaorg jer. so bg gua kategori ni tak sama dengan dadah. bagi wa, dadah means chemical. kimia setelah diproses. heroin, fit, syabu, kokain, ketamin, metapetomin, azmin .. opss tersasul (hehe). yg ni semua betol dadah. jenis makan dalam badan.
banyak org tak faham coz tak melaluinya. so nak kata daun ganja tu dadah, kenapa tak haramkan daun tembakau. kenapa tak benarkan ganja di'tax'kn aje dan cuma dibenarkan pekena kat tempat2 tertutup mcm arak?. gomen untung ape cam tu. itulah sebabnya masalah dadah takkan selesai dan terkawal coz masyarakat pakai tangkap muat semua letak satu bakul. cuba perhati btol2 kalau takde ganja kan bebudak muda ni akan beralih pada benda yg lebih heavy dan akhirnya sangkut jd addict. kenapa tak ikut mcm holand, lebih terkawal. sorry ek, pendapat peribadi jer.
..... ex buffalo soldier.

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com