Thursday 19 May 2011

GANJA JADI KERAKUSAN NAFSU PASANGAN SUAMI ISTERI!!

Seorang pemandu lori bersama isterinya ditahan di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Nilai dekat sini pagi ini kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja. Pasangan berkenaan ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri dalam serbuan di kediaman mereka kira-kira pukul 6 pagi. Ketua JSJN Negeri Sembilan, Supritendan R. Ravi Chandran berkata, hasil pemeriksaan di rumah tersebut, pihaknya menemui kira-kira 490 gram dadah dipercayai ganja. "Pasangan suami isteri yang berusia 45 dan 42 tahun itu dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar kawasan ini sejak beberapa bulan lalu. Serbuan dibuat hasil risikan serta maklumat yang diterima sejak dua minggu lalu," katanya di sini hari ini. Tambahnya, lelaki tersebut merupakan warga tempatan manakala isterinya yang tidak bekerja itu merupakan seorang warga asing. "Ketika serbuan, tiga anak pasangan itu yang berusia antara 3 hingga 9 tahun turut berada di rumah. Anak pasangan berkenaan kini diserahkan kepada ahli keluarga suspek untuk dijaga," ujarnya. Jelas Ravi Chandran, pihaknya akan mendapatkan perintah reman untuk menyoal siasat suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com