Thursday, 19 May 2011

MARUAH MALAYSIA TERCALAR!!? - 2 ORANG DITAHAN DI SINGAPURA.

Dua rakyat Malaysia diberkas oleh Biro Dadah Pusat (CNB) Singapura semalam dan Rabu berhubung penemuan 3.3 kg heroin bernilai $488,000 (RM1.18 juta), rampasan terbesar di republik itu tahun ini. Dua motosikal milik mereka turut dirampas, demikian menurut laporan media tempatan. Kedua-dua suspek itu diberkas secara berasingan.

Sebelum ini Pegawai-pegawai CNB di pusat pemeriksaan Woodlands menemui dua bungkusan heroin seberat 460 gram tersembunyi di ruang bateri motosikal yang dinaiki seorang lelaki berumur 27 tahun. Semalam pula, mereka menemui enam bungkusan mengandungi 2,800 gram dadah serupa pada motosikal yang dinaiki seorang lelaki berumur 26 tahun.

Kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan itu adalah penganggur. Mereka disiasat mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah, dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum mati. - Bernama



No comments: