Monday 23 May 2011

PURDAH JADI TARIKAN - WANITA IRAN ANTARA PEMBEKAL DADAH NEGARA!!


SHAH ALAM 10 Mei – Dua beradik wanita warga Iran diberkas selepas didapati membawa empat kilogram syabu bernilai RM1 juta yang disembunyikan dalam bengkung semasa pemeriksaan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Khamis lalu.

Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 25 tahun ditahan di balai ketibaan terminal berkenaan sejurus tiba dengan penerbangan dari Tehran pukul 11.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, kesemua dadah yang dirampas diisi dalam lapan peket plastik dan disembunyikan dalam bengkung berpoket yang dipakai kedua-dua suspek.

“Kedua-dua beradik itu memakai jubah pendek untuk mengelak dari disyaki. Bagaimanapun kelakuan mereka yang mencurigakan menyebabkan mereka diperiksa.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lapan peket syabu seberat empat kilogram disorok dalam bengkung yang dipakai mereka,” katanya.


No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com