REMAJA merupakan satu peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Ia membabitkan perubahan dan perkembangan fizikal, emosi serta intelektual. Bagi sesetengah remaja, ini merupakan peringkat yang penuh dengan cabaran dan cubaan dengan tekanan emosi serta konflik yang membawa kepada masalah psikiatrik.
Proses Perkembangan Fizikal dan Imej Badan:
*Kebimbangan terhadap fizikal dan perubahan hormon akan menimbulkan taksub yang keterlaluan terhadap perubahan dan penampilan fizikal terutama kalangan rakan sebaya.
*Gangguan dengan asyik berfikir tentang kelelakian, kewanitaan dan orientasi seksual.
Perkembangan Emosi:
*Perasaan tidak stabil, kesedaran kendiri yang melampau, kemurungan, murung, kebimbangan sosial, mengagung-agungkan wira atau hero dan perasan seksual yang melampau.
*Berfikiran dan perasaan malu, kadang-kadang cuba berpura yang ia tidak wujud dan cuba buat tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling.
*Kebimbangan peperiksaan dan kerjaya.
*Idealisme.
*Membina identiti seksual dan juga mengenalpasti kelompok rakan sebaya.
*Memberontak, contohnya dalam kumpulan, gang (black metal, punk, skin head, mat rempit, pengkid).
*Masalah kecelaruan makanan seperti anorexia, bulimia, kebimbangan yang melampau, skizoprenia dan penyalahgunaan bahan terlarang (dadah dan alkohol).
Isu
*Menganggap masalah boleh diselesaikan sendiri. Sebab itu tidak berkongsi dengan orang dewasa.
*Ingin membuktikan keupayaan sendiri tanpa bantuan.
*Ingin mencuba apa sahaja sebagai satu pengalaman untuk tidak ketinggalan dengan rakan sebaya yang lain dan akan rasa hebat sekiranya yang lain masih belum tahu dan mengalaminya.
*Mengharapkan orang lain memahami diri mereka dan menerima seadanya dan untuk berubah akan mengambil masa.
*Emosi yang sentiasa tidak dapat dijangka, banyak berfikir tentang diri dan juga masa depan.
*Pendidikan penting tetapi keseronokan di luar lagi hebat dan teruja.
*Memilih rakan sebaya.
*Menentukan identiti seksual dan personaliti.
Oleh kerana mereka masih belum matang sepenuhnya maka remaja mengharapkan orang dewasa memahami bahawa mereka sedang melalui proses perubahan. Perubahan itu penuh dengan bebanan dan tanggungjawab yang terpaksa mereka lalui dan kadang-kadang menyakitkan.
Kadang-kadang apa yang diucapkan tidak menyenangkan dan kasar bagi mata dan telinga yang mendengar. Tetapi mereka tidak sedar dan memerlukan bantuan untuk membimbing mereka menjadi insan yang berguna pada masyarakat.
Orang dewasa memerlukan kemahiran berkomunikasi untuk mendekatkan diri dengan anak remaja dan mendengar dengan aktif adalah satu cara yang dapat mendekatkan mereka.
Hubungan antara remaja dan orang dewasa akan rapat sekiranya ada keterbukaan atau transferensi dan keikhlasan untuk membimbing.
No comments:
Post a Comment