Saturday, 25 June 2011

DADAH IMPORT DARI INDIA DIRAMPAS!!

Satu lagi sindiket penyeludupan dadah jenis ketamin berjaya ditumpaskan apabila pihak berkuasa menahan seorang lelaki warga India dan merampas 2.8 kilogram bahan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kelmarin.

Hasil pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke atas lelaki berusia 30 tahun pada kira-kira pukul 8 pagi itu berjaya menemui empat bungkusan ketamin yang disembunyikan dalam baju dan seluarnya.

Pengarahnya, Datuk M. Govinden berkata, ketamin dengan nilai pasaran mencecah RM56,000 itu dirampas hasil pemantauan dan pegawainya terhadap penumpang yang baru tiba dari Chennai, India.

"Dalam pemeriksaan awal, suspek dilihat membawa bagasi berwarna hitam tetapi yang mencurigakan pihak kami apabila bagasi itu hanya mengandungi makanan dari India tanpa barangan lain.

"Berikutan itu, satu pemeriksaan rapi dilakukan pada bahagian badan dan ditemui dua bungkusan terselit masing-masing di badan dan kaki suspek," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek pertama kali masuk ke negara ini dan taktik yang digunakannya adalah membungkus terlebih dahulu dadah berbentuk serbuk sebelum diikat pada badan," katanya.

Berikutan itu, katanya, suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Dalam pada itu, Govinden memberitahu, sepanjang tahun ini pihaknya telah berjaya mematahkan kes penyeludupan dadah dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah sehingga RM4 juta.

1 comment:

Anonymous said...

tu la kat malsysia ni..dah jd syurga duit bg warga2 asing tak kira halal ke haram yg penting depa x nk lepaska peluang buat duit kat sini..
tu yg kena tangkap,yg x kena tangkap dh kaya raya mengakahkan penduduk tempatan lg..