Saturday 11 June 2011

NEGERI KEDAH AKTIF EDAR DADAH!!?

KULIM 3 Jun - Polis Kedah menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa negeri ini kini muncul sebagai hab kegiatan pengedaran dadah utama di kawasan utara.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, Kedah sebenarnya terdedah dengan kes-kes dadah memandangkan ia merupakan laluan pengedar membawa masuk bekalan dari negara jiran melalui pintu sempadan.

"Peningkatan tangkapan kes-kes dadah sejak kebelakangan ini bukan bererti kita adalah hab utama.

"Sebaliknya, ia membuktikan tindakan tegas dan komited berterusan anggota kita dalam membanteras kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini malam tadi.


No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com