Monday, 31 October 2011

'PENGASIH' BERI SIJIL IKHTIRAF - JAMAL ABDILLAH SAH BEBAS DARI DADAH!!

Raja Pop, Jamal Abdillah disahkan bebas sepenuhnya ketagihan dadah tetapi memilih terus tinggal di Rumah Pengasih sehingga bersedia untuk menghadapi kehidupan di luar, kata Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Datuk Yunus Pathi.

Katanya, meskipun Jamal sudah mendapat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih selama lima tahun, dia akan tetap dibantu dan dibenarkan untuk terus tinggal di situ.

“Kita akan bantu dia. Mungkin dia takut menjalani kehidupan di luar kerana bimbang terbabit semula dengan dadah. Jamal adalah harta negara, jadi bila dia minta terus tinggal di Rumah PENGASIH, tak akan kita hendak tolak pula walaupun dia sebenarnya layak duduk di luar. Apabila ditanya kepadanya, dia hanya memberitahu yang dirinya masih belum bersedia." katanya selepas Majlis Graduasi PENGASIH keempat.

Beliau berkata, selepas lulus temuduga dijalankan bagi menilai tahap pemulihan, Jamal juga sepatutnya layak menerima sijil pengiktirafan namun beliau tidak dapat hadir kerana ada undangan menyanyi di Kedah.





1 comment:

Dot said...

Alhamdulillah...seniman yg ambo suka dengar suaranya, tiada duanya!
sorang lagi ialah Allahyarham ahmad jais..tak pernah jemu!
kalau wanitanya, kartina dahari & jasni hamid...yg lain2 tu dengar boleh, tp tdk menjadi ingatan...

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com