Saturday 5 November 2011

IBU BERANAK 7 PUN HISAP DADAH!!

Gambar Contoh


MELAKA 26 Okt. - Seorang ibu kepada dua anak antara tujuh ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri bersama tujuh agensi lain di Lebuh AMJ berhampiran Hotel Straits Meridian dan Simpang Empat Batu Berendam di sini, malam tadi.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita berusia 30-an itu dan bekerja di sebuah pusat hiburan turut tidak memiliki lesen memandu yang sah, manakala kereta Proton Gen 2 dipandunya tidak memiliki cukai jalan dan perlindungan insurans. Pengarah JPJ negeri, Mohd. Fadhil Hassan berkata, kesemua mereka adalah antara 37 pemandu yang diperiksa oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi yang bermula pukul 9 malam hingga pukul 12 tengah malam.

Menurutnya, dalam operasi tersebut 905 buah kenderaan termasuk motosikal dan lori telah diperiksa.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 158 kenderaan diambil tindakan dengan 117 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya. Secara keseluruhan 181 kesalahan telah dikesan dalam operasi tersebut," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Norazle Sulaiman dan Pengarah AADK, Maizura Zakaria. Selain AADK, operasi itu turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Seramai 141 anggota terlibat dalam operasi itu.

Mohd. Fadhil berkata, JPJ turut menyita lapan motosikal, sebuah kereta dan lori atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Menurutnya, antara kesalahan dilakukan adalah tiada lesen memandu sebanyak 73 kes, menggunakan lampu HID (50), cukai jalan tamat tempoh (23), tidak memiliki perlindungan insurans (23), melanggar syarat vokasional (enam), nombor pendaftaran (empat) dan lain-lain kesalahan (dua).

Beliau menambah, operasi itu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dan kematian selain memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang.





No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com