
"Ini kerana sebahagian penagih telah melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis. Anggota kita lalu berpecah dan meronda di sekitar kawasan itu sehinggalah melihat kelibat yang bergerak-gerak di celah semak. Anggota kita terkejut apabila mendapati suspek yang terhuyung-hayang cuba melarikan diri tetapi gagal apabila tersungkur kerana khayal selepas mengambil dadah," katanya di sini, semalam.
Kata beliau, siasatan mendapati suspek yang disahkan positif HIV dan menetap bersama ibunya dikatakan aktif mengedar dadah secara kecil-kecilan untuk mencari wang saku bagi menampung perbelanjaan harian.
"Ketika ditangkap, polis menemui lima peket heroin seberat 5.2 gram bernilai RM500 dan dua biji pil Eramin 5 berharga RM60 serta peralatan menghisap di dalam beg galas miliknya. Pada masa sama, polis turut menemui beberapa tiub straw kosong digunakan untuk membungkus dadah serta hampir 30 pemetik api dan beberapa jarum suntikan," katanya.
Kata Md. Nor lagi, pengedar terbabit menyedari kehadiran polis selepas melihat cahaya lampu suluh sebelum nekad meniarap di celah semak untuk menyembunyikan diri. Jelasnya, pengedar terbabit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39A (2) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek yang dipercayai di bawah pengaruh dadah diberkas anggota polis selepas bersembunyi seketika di dalam semak di Kampung Bintang, Temerloh, awal pagi kelmarin.
Suspek yang dipercayai di bawah pengaruh dadah diberkas anggota polis selepas bersembunyi seketika di dalam semak di Kampung Bintang, Temerloh, awal pagi kelmarin.
No comments:
Post a Comment