
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. - Utusan
No comments:
Post a Comment