Thursday 29 March 2012

LAGI KES SUAMI ISTERI EDAR DADAH BAKAL BERDEPAN HUKUMAN MATI!!




Sepasang suami isteri berdepan hukuman mati di tali gantung apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah pelbagai jenis seberat 915 gram, dua minggu lalu.

Yap Chai Soon, 51, dan isterinya, Ng Chew Lan, 46, didakwa mengedar serbuk kristal disyaki syabu dengan anggaran berat 126.6 gram di 54, Jalan Bandaraya di sini kira-kira pukul 2 pagi, 16 Mac lalu.

Pasangan tersebut turut didakwa memiliki ketamine seberat 112.4 gram dan heroin seberat 676 gram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Kedua-dua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com