Saturday, 31 March 2012

EDAR DADAH - BEKAS POSMEN TERIMA HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI!!




Seorang bekas posmen dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sekitar Johor hari ini selepas didapati bersalah mengedar 500 gram ganja tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, M.Gunalan membuat keputusan itu terhadap Abd. Rahim M. Ali, 39, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Malah menurut beliau, pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata dan penjelasan tertuduh ketika ditangkap juga tidak munasabah.

Sebaik selepas hukuman dibacakan, suasana mahkamah yang sedia sunyi itu bertukar pilu apabila isteri tertuduh pengsan, manakala tertuduh yang hadir memakai baju kemeja T berwarna oren dan berseluar krim bertindak memeluk dan mencium anak-anaknya yang menangis.

Berdasarkan pertuduhan, Abd. Rahim didakwa mengedar ganja seberat 500 gram di sebuah rumah di Jalan Impian 2/18, Taman Impian Jaya, Seelong, Kulaijaya kira-kira pukul 8 malam pada 10 Januari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com