Tuesday 13 March 2012

MELAKA BAKAL GUNA STRATEGI HONG KONG TANGANI MASALAH DADAH!!



MELAKA 4 Mac - Kerajaan negeri berminat mempelajari kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa di Hong Kong bagi menangani masalah penggunaan dadah terutama dalam kalangan remaja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kerajaan negeri bercadang menghantar beberapa pegawainya ke negara itu atau mendapatkan kerjasama untuk memberi tunjuk ajar kepada pegawai di Melaka.

Menurutnya, kaedah pendidikan dan promosi yang digunakan oleh pihak berkuasa Hong Kong dilihat berkesan untuk membendung golongan tersebut terjerumus dalam penagihan dadah.

"Usaha yang lebih agresif perlu dilakukan kerana menjelang 2015 di bawah Pelan Colombo, Melaka diisytiharkan sebagai negeri bebas dadah.


Mohd. ALi Rustam (dua dari kiri) bersama delegasi dari Melaka mengadakan pertemuan dengan Ambrose Lee Siu Kwong di Hong Kong, baru-baru ini.

No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com