Monday, 12 March 2012

PENAGIH LEPAS GIAN HISAP DADAH DI HOTEL BAJET!!





MUAR 8 Mac - Jika sebelum ini rumah kosong, kebun dan kawasan semak menjadi tempat melepaskan gian, lain pula dengan 13 penagih dadah di sini apabila menjadikan hotel bajet di sekitar bandar ini untuk menghisap dadah.

Dalam serbuan pukul 12.45 tengah hari semalam, 13 penagih dadah berusia antara 14 dan 30-an ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Abdul Rahman, di sini oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah itu.

Tiga daripada mereka turut terlibat dalam pengedaran dadah setelah polis merampas 17.64 gram (gm) heroin dan 0.3 gm syabu.


MOHAMAD Nasir Ramli (tengah) menunjukkan peluru dan dadah yang dirampas dalam tiga serbuan di Muar dan Pagoh sewaktu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor, semalam.

No comments: