Saturday 10 March 2012

SATU KELUARGA ANAK BERANAK DITAHAN HISAP DADAH!!


 Gambar Contoh




Tiga sekeluarga yang kononnya mengusahakan sebuah tapak semaian di Batu 9 Cheras, Jalan Hulu Langat dekat sini ditahan polis kerana menjadikan lokasi pekerjaan mereka itu sebagai stor menyimpan dadah jenis heroin, sejak beberapa bulan lalu.

Suspek terdiri daripada sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an dan ibu kepada suspek wanita yang berusia 41 tahun ditahan dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur pada pukul 3 petang kelmarin.

Ketika diserbu, polis menemui sejumlah 20 bungkus plastik lutsinar dadah jenis heroin gred C yang dianggarkan bernilai RM300,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek menyembunyikan dadah berkenaan dalam bungkusan baja yang kemudian diletakkan di dalam beg. - UTUSAN

No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com