Saturday 10 March 2012

BANGUNAN DI TMN. KOMERSIAL TPANDAN INDAN PARK LOKASI 'SYURGA' DADAH!!




Bangunan letak kenderaan di Jalan 6/8, Pandan Indah Commercial Park di sini bukan sahaja umpama 'hidup segan mati tak mahu' malah dipenuhi dengan sampah-sarap dan berbau busuk.

Peniaga di kawasan itu mendakwa, pada waktu malam bangunan empat tingkat tersebut turut menjadi sarang penagih dadah dan mungkin sarang maksiat.

Mereka mendakwa, bangunan tempat letak kenderaan berkenaan hanya digunakan pada waktu siang kerana penggunanya penduduk perkara yang tidak diingini berlaku jika meletak kenderaan di situ pada waktu malam.

Keadaan itu juga dilihat mencacatkan pemandangan di sekitar Pandan Indah. Dan, apa yang menjadi persoalan kepada penduduk ialah mengapa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selaku pentadbir bangunan berkenaan sanggup membiarkan bangunan itu berkeadaan sedemikian rupa.

 

 



Tinjauan Utusan Malaysia ke bangunan berkenaan mendapati terdapat longgokan sampah yang tidak dikutip dan sisa pepejal seperti kayu dan perabot bersepah di aras bawah bangunan tersebut.

Malah, pekerja bengkel di kawasan itu turut menjadikan aras bawah bangunan tersebut sebagai tempat membaiki kenderaan.

Keadaan itu jelas menunjukkan bahawa pihak MPAJ tidak melakukan pemantauan di kawasan berkenaan atau tahu tetapi tidak bertindak.

Seorang pemandu teksi yang juga penduduk di kawasan berkenaan, Idris Husain, 53, ketika ditemui berkata, pihak MPAJ tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di situ.

"Lihat sahaja bangunan tempat letak kereta ini, MPAJ seharusnya membuat pengubahsuaian bagi memberikan keselesaan kepada penduduk di sini.

"Dan apa yang saya lihat, kontraktor pembersihan yang dilantik oleh MPAJ juga tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh... kutip sampah ikut suka," ujarnya.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Kho, 50, pula memberitahu, bukan sahaja bangunan itu yang dibiarkan dalam keadaan daif tetapi banyak lagi perkara lain yang diabaikan oleh MPAJ.

"Antaranya lampu jalan yang tidak dipasang di kawasan Pandan Indah yang menjadi antara faktor mengakibatkan kemalangan jalan raya dan pokok-pokok yang menghalang lampu jalan juga tidak dipotong," katanya.


BENGKEL membaiki kereta telah mengambil alih aras bawah bangunan yang jelas telah rosak teruk. - UTUSAN.

No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com