Wednesday, 11 April 2012

IBU DAN ANAK DIBERKAS POLIS SEDANG HISAP DADAH BERSAMA!!




Apa hendak jadi dengan seorang ibu dan anak perempuannya yang ditahan sepasukan anggota polis dalam serbuan di Felda Palong 15, dekat sini, 27 Mac lalu.

Sudahlah tidak tahu malu dengan perbuatan menagih dadah, kehadiran mereka berdua di lokasi 'panas' itu pula ditemani dua lelaki yang turut positif dadah, selain dua lagi rakannya yang memiliki bahan larangan itu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Mohamad berkata, ibu berkenaan berusia 50 tahun, manakala anaknya perempuannya berusia 31 tahun.

"Serbuan dilakukan pada pukul 6 petang dan mendapati kesemua suspek termasuk ibu dan anaknya itu sedang melepaskan gian dalam sebuah pondok di kebun getah dekat Felda berkenaan," kata beliau, di sini semalam.

Tambahnya, semasa serbuan kesemua mereka cuba melarikan diri dan mencampakkan kotak rokok tetapi berjaya diberkas.

"Pemeriksaan terhadap suspek pertama menemui tiga peket plastik lut sinar dan satu penyedut minuman yang dipercayai dadah heroin seberat 11.75 gram.

"Kita memeriksa seorang lagi suspek dan menemui satu peket juga dipercayai heroin seberat 2.83 gram di dalam seluarnya," ujar Mohd. Sabri.

Katanya, dua suspek yang memiliki dadah itu disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, sementara ibu, anak perempuannya dan dua lagi rakan lelakinya disiasat di bawah Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Dalam kes berasingan, Mohd. Sabri menjelaskan, polis telah menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Barat, dekat sini pada 26 Mac lalu.

No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com