Thursday 19 April 2012

POLIS BERKAS LELAKI MILIKI GANJA DI KERAMAT.



KUALA LUMPUR 19 April - Pihak Polis telah berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki memiliki ganja di sini hari ini.

Lelaki yang berusia sekitar 40an telah cuba melarikan diri ketika pihak polis melakukan sekatan jalan di sekitar Keramat. Tindakan suspeks telah menyebabkan pihak petugas segera mengejar dan berjaya menangkap beliau di sekitar lokasi.

Wakil petugas polis telah mengesahkan kepada wartawan KL POS News Portal lelaki berkenaan akan disiasat pihak berkuasa sebagai langkah susulan bagi mendapati maklumat lebih terperinci berkaitan gerakan pengedaran ganja tersebut.

Lelaki berkenaan boleh dijatuhkan hukuman di bawah di bawah Seksyen 6, Seksyen 6B(1)(a)  dan Seksyen 6B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki ganja.

No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com