Sunday, 29 May 2011

AWAS!! MUSUH NEGARA GEMAR TINGGAL DI PANGSAPURI!!

PULAU PINANG 25 Mei - Polis berjaya membongkar sebuah lagi makmal dadah yang beroperasi di pangsapuri mewah di negeri ini selepas menyerbu kediaman itu di Green Lane, kelmarin. Serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri ini berjaya menemui dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM400,000.Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, serbuan dilakukan pukul 10.20 malam hasil intipan pihaknya sejak sebulan lalu selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 10.8 kilogram dadah jenis heroin dan 71 gram dadah 'heroin base'. Turut ditemui, pelbagai peralatan memproses dadah seperti tong gas, ketuhar, beberapa botol asid dan bahan pewarna," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.

Polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun dan menyita sebuah kereta bernilai RM30,000. Hasil pemeriksaan, kedua-dua suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Mereka kini ditahan reman sehingga 30 Mei depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan. Menurut Ayub, sindiket terbaru itu tiada kaitan kumpulan yang ditumpaskan baru-baru ini dan dadah tersebut dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Pulau Pinang.

Minggu lalu, polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini bernilai RM10.5 juta selepas membongkar enam buah makmal dadah dalam tempoh empat hari.Lagi pangsapuri jadi makmal dadah AYUB Yaakob menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri mewah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, semalam.


No comments: