Monday 30 May 2011

POLIS TEMUI DADAH DALAM PERUT WANITA TUA!!


KES : 28 APRIL 2011


Tandatanya seorang wanita yang tiba-tiba pengsan sejurus mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada 17 April lalu, membongkar rahsianya yang cuba menyeludup 26 gram dadah jenis heroin dengan cara menelan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, wanita warga tempatan berusia 56 tahun itu didapati tidak sedarkan diri selepas satu daripada tiga ketulan dadah yang ditelan pecah. Katanya, kegiatan itu terbongkar selepas dihantar menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dadah berkenaan dikeluarkan suspek selepas membuang air besar pada 22 April lalu.

"Pemeriksaan mendapati satu daripada tiga ketulan dadah di dalam perutnya pecah ketika dalam penerbangan pulang ke Malaysia dari sebuah negara Asia lain. Hasil siasatan awal mendapati mangsa sebelum ini telah masuk ke sebuah negara Asia lain selama beberapa hari," katanya. Suspek yang telah dibenarkan keluar daripada hospital berkenaan kini ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan," katanya.


No comments:

Pemadam Wangsa Maju - Find me on Bloggers.com