Tuesday, 31 May 2011

PASANGAN KEMBAR BUKA PERNIAGAAN DADAH!!


KES : 29 APRIL 2011

Hidup pasangan kembar seiras yang didakwa mengedar 18.56 gram heroin kini dibayangi hukuman mati setelah mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Alor Star, Kedah.

Tertuduh Muhammad Asmadi dan Muhammad Asmawi Majid, 23, bagaimanapun kelihatan tenang dan mampu tersenyum ketika didakwa atas tuduhan mengedar lima paket plastik lutsinar berisi heroin. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah No. 81, Kampung Kuala Lanjut, Lesong di sini pada pukul 2.50 pagi, 21 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan, manakala Majistret Norazah Idris tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada adik beradik terbabit dan menetapkan 27 Jun depan bagi sebutan semula kes.



No comments: