
Setiausaha Kehormat Pemadam cawangan Melaka, Kasim Dollah berkata, penyalahgunaan daun ketum dan kegiatan seperti menghidu gam semakin serius sekarang tanpa terdapat akta khusus bagi menanganinya.
"Usul mengenai cadangan ini akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Pemadam Kebangsaan ke-36 yang akan berlangsung di Melaka Sabtu ini,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan perhimpunan tersebut yang akan diadakan sempena Hari Dadah Antarabangsa di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka.
Perhimpunan yang bertemakan “Hari Ini Anak Dia, Esok Mungkin Anak Anda" dijangka dihadiri lebih 1,800 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.
No comments:
Post a Comment