SUNGAI PETANI 8 Mac - Polis menahan seorang bekas pramugari bersama teman lelakinya kerana memiliki dadah dipercayai jenis ganja seberat 13.19 kilogram dalam serbuan di sebuah homestay di Persiaran Cinta Sayang di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, suspek berusia 28 dan 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pukul 11.15 pagi susulan maklumat satu kes penangkapan sebelum ini.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui 14 ketulan mampat ganja dan satu bekas plastik dipercayai candu seberat 910 gram yang disembunyikan bawah tilam dalam sebuah bilik homestay berkenaan.
"Nilai rampasan tersebut dianggarkan RM44,200. Turut dirampas sebuah kereta Perodua Myvi dan wang tunai berjumlah RM5,150," katanya di sini hari ini.
Hashim berkata, kedua-dua suspek itu dipercayai menjadikan bilik homestay berkenaan sebagai tempat untuk menyimpan dadah sebelum menjual kepada pelanggannya sejak empat hari lalu. - UTUSAN.

No comments:
Post a Comment